BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

KHAS BUAT AHLI USRAH ANA....

Assalamualaikum kepada syabab,faiz,saddam,hafiz,sahel dan asymir....apa khabar semuo???semoga sihat selalu....insyaAllah pada 14hb-16hb 8 2009 ini kita akan pergi menghadirkan diri ke dalam satu program bersifat kerohanian 3 hari 2 malam bertempat di kawasan di luar uia(masih dalam perbincangan)....program ini bermatlamatkan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah selain menambahkan ilmu agama yang bukan sahaja penting kepada diri kita dan kita boleh gunakannya untuk kita beramal insyaAllah....dan juga program ini berokjektifkan untuk merapatkan ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita dan juga untuk kita kenal dengan lebih rapat.selain itu kita juga dapat kenal dengan sahabat-sahabat baru insyaAllah...disamping itu program ini insyaAllah akan meningkatkan lagi keyakinan kita untuk bercakap dan bersiasah di khalayak ramai....apa yang ana harapkan di sini supaya antum semua(syabab,saddam,faiz,hafiz,asymir,dan sahel)dapat pergi...ana minta supaya antum semua kosongkan masa 14hb-16hb ni ok.....apa yang ana nampak pada zaman sekarang pelajar-pelajar islam hanya mempelajari ilmu dunia sahaja sehingga menggabaikan ilmu agama itu sendiri.....oleh itu ana x nak diri ana dan juga antum semua termasuk dalam golongan seperti ini ok....kita seimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu agama ok.....

maklumat program:

tarikh: 14,15,16 ogos 2009
tempat: kawasan luar uia (akan diberitahu kemudian)
tentative akan diberitahu semasa pendaftaran....

antum boleh la bawa pakaian yang mencukupi selama 3 hari 2 malam tu...pakaian sukan pun bawa la sepasang ok....dan juga antum boleh la bawa barang-barang asas seperti tuala,sabun dan sewaktu dengannya ok....antum juga boleh la mengajak sahabat-sahabat antum sekiranya mereka ingin join program ini ok.....

Edisi Pahang: Negeri Ini Bakal Muflis Lagi, Selepas Di Saman RM63 Juta Kini Saman RM233 Juta Pula Muncul Libatkan Dua Buah Syarikat Pembalakan!

Pahang Daily Online by cucumatkilau

KUANTAN - Heboh diperkatakan oleh rakyat Pahang di sana-sini, tentang negeri ini yang bakal "muflis" sedikit masa lagi akibat saman menyaman gara-gara "janji palsu" kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika sebelum ini saman difailkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang dikenali sebagai Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, yang menyaksikan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besarnya Dato' Seri Adnan Yaakob diarahkan membayar saman sebanyak RM63 juta gara-gara ingkar terhadap perjanjian konsesi balak. Malah, baru-baru ini juga rakyat Pahang dikejutkan dengan berita sebuah anak syarikat kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) iaitu Astana Golf & Country Club disita gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman sebanyak RM30 juta kepada Agro Bank. Maka kini, satu lagi kejutan berlaku bilamana dua buah syarikat menfailkan saman berjumlah RM233 juta. Saman dibuat oleh syarikat Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu (M) Sdn Bhd (RM24 juta). Saman telah difailkan terhadap Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, berkaitan kes yang sama seperti SGM iaitu "ingkar janji" tentang isu pembalakan di negeri ini. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan rakyat Pahang di seluruh dunia sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi layak untuk mentadbir negeri, kerana mereka sengaja mencipta hutang piutang yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata kelak.

[Melihat kepada apa yang berlaku ini, maka terbuktilah juga kepada kita bahawa sememangnya puak-puak UMNO BN di Pahang adalah memang "kaki belit" dan "putar alam". Perjanjian yang sudah dimeterai mudah sahaja mereka batalkan dan pinda sesuka hati. Penipuan ini adalah amat mengecewakan rakyat Pahang sebenarnya. Malah, kes balak ini sememangnya sudah sinonim dengan Kerajaan Negeri Pahang. Saban waktu kita mendengar ada saja balak yang dicuri serta dirompak. Seolah-olah mereka yang terlibat mendapat lesen daripada pihak berkenaan. Akhirnya segala hasil mahsul yang sepatutnya dinikmati oleh generasi akan datang terus hilang dan terhakis. Pemimpin UMNO BN yang bertanggungjawab semua ini, kerana mereka sedar apa yang berlaku sejak sekian lama tetapi gagal mengambil langkah yang sewajarnya. Maka itu PDO tidak hairan dengan berita saman terbaru yang melibatkan pihak terbabit. Semoga ianya bakal menjadi pengajaran buat semua].

Friday, July 10, 2009

ADLI PINDAH????USRAH ANA???

ASSALAMUALAIKUM SEMUO...AKHIRNYA STELAH SEKIAN LAMA AKHIRNYA ADLI BERPINDAH JUA KE MAKTAB PERGURUAN DARI UIA PJ...ANA PLAK YANG KENA NAIK SEBAGAI JAWATAN DIE...MULA ANA SUKAR UTK MENERIMANYA KERNA JAWATAN TERSEBUT SANGAT BERAT UTK ANA PIKUL...TETAPI ATAS SEMANGAT N DORONGAN DARI SAHABAT2 ANA (BLACK,MUHSIN) AKHIRNYA ANA TERIMA JUA JAWATAN TERSEBUT...YANG PENTING JAWATAN JGN DICARI TETAPI BILA KITA DAH PEGANG JAWATAN TERSEBUT PEGANGLAH DGN SEAMANAHNYA....ANA JUGA TELAH DOBERIKAN TUGAS UTK MENJADI NAQIB UTK USRAH IPP DIMANA ANA TELAH DAPAT AHLI2 USRAH YANG HEBAT DAN MANTAP THAQAFAHNYA YANG TERDIRI DARIPADA SYABAB,SADDAM,SAHEL,FAIZ,HAFIZ DAN ASYMIR....
6 ORG SAHABAT USRAH ANA INI ADALAH HEBAT2 BELAKA....MEREKA INI JUGA SALING LENGKAP MELENGKAPI...TAHNIAH UNTUK MEREKA..APE ANA ARAPKAN SEMOGA MEREKA BER 6 INI TERUS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM DI BUMI CFS IIUM PJ NI...DI SAMPING MEMANTAPKAN ILMU DUNIA(PHYSIC,MATH,CHEM DAN LAIN2) DAN JUGA ILMU AGAMA.....SEKIAN SAHAJA DARI ANA....SEMOGA KALIAN TERUS MENERUS MENUNTUT ILMU DAN BERAMAL DGNNYA...WASSLAM....ANA BANGGA MEMILIKI SHBT USRAH SEPERTI KALIAN BER 6....

STADI,CERAMAH,dan DUNIA

“ Aku ni sebenarnya suka giler dengar talk-talk agama ni and rase teringin gak nak join benda benda macam halaqah-halaqah tu tapi susah pasal takde mase. Test berderet-deret, kelas belambak-lambak. Susah-susah ishhhh… kalau tak study nanti fail and terpaksa ler balik kampong tanam jagung. Ha ha ha. Sorry ler Khairul ye sal tak leh join talk malam ni…”


Pernah dengar atau alami situasi ini??? Kalau tidak pun adakah anda pernah melafazkan dialog-dialog seumpama ini??? Ataupun mungkin sebahagiannya pernah bermonolog di ceruk-ceruk encephalon anda???

Pernah??? Tidak pernah???

Marilah kita berkongsi sedikit tentang situasi dialog di atas tak kiralah apa sahaja jawapan anda sekalian.
Siapakah sebenarnya kita ini? Adakah kita ini cuma makhluk berkaki 2 yang berevolusi dari beruk seperti yang diwar-warkan oleh pendusta Darwin dalam teorinya yang diagung-agungkan oleh orang-orang kafir?? Bagi kita yang beriman kepada Allah, sesungguhnya samasekali tidak. Jadi siapakah kita? Kita adalah keturunan Nabi Adam yang diciptakan Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini seperti firman Allah dalam surah Al-Anam.


Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani . 6:165


Sekali dengar memang sesuatu yang membanggakan bagi kita mahkluk dari tanah yang hina ini kerana diberikan gelaran dan dilantik menjadi pemegang kuasa yang tinggi di muka bumi ini. Tapi sesungguhnya kita perlu sedar bahawa gelaran dan kekuasaan yang dikurniakan kepada kita dipekejkan sekali dengan tanggungjawab-tangungjawab yang amat berat.


















Jadi, sekali lagi ingin saya bangkitkan persoalan disini, apakah tanggungjawab kita??Adakah kerja kita Cuma menelaah buku Platzer? Ataupun mungkin Guyton? Kalau tidakpun buku Robbins ?? Bangun seawal pagi untuk ke kuliah dan pulang pada waktu soreh? Tidur sepanjang hari? Ataupun mengikuti trend masa kini iaitu bercouple kehulu dan kehilir menebalkan muka walaupun menjadi buah mulut setempat? Jawapannya semestinya TIDAK kerana penciptaan kita bukanlah untuk tujuan sesia itu. Tugas kita bukanlah sekadar mengurus alam ini sahaja namun merangkumi aspek menengakan agama Allah ini juga.
























'Iqamatuddin wa siasatuddunia' inilah huraian yang diberi oleh Imam Ghazali tentang tanggungjawab kita. Iqamatuddin membawa maksud mendirikan agama manakala siasatuddunia pula bermaksud mengurus dunia. Indah sungguh kalimah diatas namun untuk merealisasikannya tidaklah mudah. Jika ia mudah kenapa kini walaupun umat islam menjangkau angka berbillion ditindas dan berada di hieraki tercorot di dalam system masyarakat??? Lebih menyedihkan lagi kita dikuasai dah dipengaruhi oleh musuh kita sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W :


"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud


Itulah realiti kita kini yang berada di akhir zaman. Tapi adakah kita ingin terus begini, terhina dan tertindas ibarat sampah di tepi-tepi lorong yang kotor??? Tidakkah kita ingin kembali menguasai dunia seperti dahulu pabila umat Islam boleh gembira dan berbangga menjadi kahalifah Allah?? Saya percaya semestinya kita mahu dengan sepenuh hati kita selaku pemuda pendokong agama suci ini inshaalah.




















Jadi mengapakah kita masih lembap dan malas untuk bangkit dari katil-katil berduri yang disediakan oleh golongan laknat Allah ini? Memang kita harus akui bukannya mudah untuk melakukannya namun ingatlah ia tidaklah mustahil jika kita dilengkapi dengan hati yang ikhlas, matlamat yang jelas, ilmu yang memadai dan semestinya dengan iman yang mantap. Untuk mencapai kekuatan ini kita perlu mencari agama Islam yang asal dan ia tidak akan datang mengetuk pintu-pintu kita dengan sendiri tanpa kita bergerak mencarinya.


“ Yela!! Tu yang aku tengah study macam orang gila ni. Aku nak dapatkan ilmu dan kemudian nak sebarkan Islam. Nanti klu aku tak study macam mana nak pass!!!”

Adakah ini yang anda fikirkan sekarang???

Bagus, itu memang matlamat yang betul tapi adakah ia memadai?? Pelajaran yang berlandaskan kurikulum yang ditetapkan oleh mereka-mereka yang tidak memiliki Ad-Deen? Cuba kita fikirkan bagaimanakah kita hendak menyahut seruan iqqamatuddin hanya dengan menguasai ilmu yang tidak dapat kita kaitkan dengan Allah, yang tidak dapat kita rantaikan dengan pegangan kita, yang tidak dapat kita gunakan sebagai hujjah untuk berpidato tentang Islam. Adakah kita hanya ingin menyebut khalimah ‘Subhanallah’ pabila mempelajari sesuatu yang baru tanpa cuba mengaitkannya dengan Islam? Adakah itu akan membawa keimanan kita pada satu tahap yang lebih baik?? Kenapa kita sangat malas untuk mangerakan tubuh sewaan sementara kita yang sempurna ini untuk memantapkan keimanan kita?Tiada sesiapa yang menafikan kita harus berusaha untuk berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan.


Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; 53:39


Tapi apalah salahnya jika kita memperuntukan beberapa cebisan waktu yang kita ada untuk mendekati pencipta kita dan memantapkan iman kita? Berapa banyakah yang kita tidak dapat baca dari buku-buku akademik kita jika kita hanya hilang 1 atau setengah jam setiap hari untuk Islam??? Dimanakah perginya pegangan kita terhadap ayat Allah ini???


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 47:7


Untuk mengakhiri perkongsian ini marilah kita bersama-sama menghayati 4 ayat dari 3 surah dalam kitab suci Al-Quran.


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. 29:2-3

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 2:214

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. 47:31


Dari ayat-ayat diatas sangatlah jelas bahawasanya kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan untuk menjadi golongan yang berjaya yakni orang-orang yang beriman dan yang dijanjikan dengan tempat di syurga. Sedarlah perjalanan kita bukannya mudah namun jika kita berjaya menempuhnya, habuan yang dijanjikan amatlah lumayan. Kita hanya diuji dengan cabaran masa yang tidak setanding dengan cabaran yang diterima oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka dipanggang, disula, dihempap dengan batu, dipulau sehingga kebuluran dan lain-lain. Keimanan mereka bertambah kuat walaupun menerima ujian yang getir dan mengugat nyawa. Tapi kita? Masih ragu-ragu walaupun hanya perlu mengadai sedikit dari masa kita sahaja yang tidak mungkin akan mencalarkan kulit kita walau sedikit pun jika kita lakukan.

Marilah kita bersama-sama mengubah diri dan mengerakan panji-panji Islam yang telah dijanjikan Allah kejayaannya. Islam tidak memerlukan kita untuk berjaya kerana perkara itu telah Allah janjikan akan berlaku. Persoalannya cuma samada kita ingin berjaya bersama-sama Islam ataupun ditinggalkan dalam kehinaan dunia yang sangat mengaburkan ini.

Wallahualam…

JALAN DAKWAH YANG DISALAH GUNA

Assalamualaikum WBT.

Kita sesedap mulut mengguna istilah dakwah. Tapi pernah kita periksa benarkah kita berdakwah?

Kita kata kita pendakwah, tapi dalam paper sebut apa salah pendakwah demand ceramah bayaran RM 6000-RM10 000.

Kalau nak hidup mewah, pergilah berniaga, jadi ahli korporat.

Alasan dia sebab jadi pendakwah sepenuh masa? Siapa suruh jadi sepenuh masa, siapa suruh jadikan dakwah tu pekerjaan untuk cari rezeki.

Kawan-kawan karkun tabligh kita berdakwah jua, tapi adake mereka jadikan keluar di jalan Allah tu untuk cari duit?

Aku tak kata jangan bayar ustaz-ustaz yang berceramah. Yang aku marah ustaz-ustaz yang demand, campaklah title pendakwah tu dalam longkang. Jangan nak jual nama dakwah untuk kemewahan hidup. Toksah berlagak konon pendakwah sepenuh masa, RM6000 satu jam ceramah apa kejadah!

Dakwah bukan tempat cari duit! Aku tak marah cari rezeki dengan mengajar ilmu agama, aku tak kisah bila bayarannya setimpal. Kalau takat sebulan dapat income RM 2000-RM 3000 sebab mengajar orang, aku tak kisah. Yang penting jangan demand! Dan jangan letak harga bukan-bukan sampai RM6000 sejam.

Apa ilmu agama ni untuk orang-orang kaya? Habis tu orang asli dalam hutan nak campak mana. Adik-adik yang pergi sekolah takde duit belanja nak campak mana? Makan nasi kosong berlauk ikan kering nak campak mana?

Sahabat-sahabat nabi dulu ada ke jadi kaya raya sebab buat kerja dakwah?

Kita tak marah orang nak bayar, tapi kita marah bila manusia yang memasang title dakwah pada aktiviti agama start demanding macam-macam. Bila tak dapat, mulalah tak nak hadir program, tak nak hadir ceramah, kalau yang selalu ikut jadi fasi kem-kem, mulalah berat nak jadi fasi.

Pasti ada yang jawab, kita perlu duit. Aku pun perlu duit, aku tak kata kita tak perlu duit, tapi jalan mana cara nak dapat duit. Aku tengok kawan-kawan aku yang karkun, keluar 3 hari, kadangkala 10 hari, mereka ni dapat elaunke? Tambang bas mereka ada orang bayarke?

Kalau mahu jadi dai'e, buatlah cara mahu jadi dai;e. Aku tak suruh buang harta, buang duit. Tapi sendiri fikir, bandingkan diri dengan kawan-kawan kita yang buat kerja dakwah, tak dapat elaun, segala belanja guna duit sendiri. Bandingkanlah dengan diri kita, apakah diri kita sanggup buat macam tu? Sanggupkah kita?

Jauh lagi kalau nak banding dengan dakwah para sahabat. Dakwah yang memakan nyawa para sahabat, tragedi Raji'e yang mengorbankan nyawa dan menumpahkan darah para sahabat di atas pengkhianatan golongan munafiq. Mereka korbankan nyawa dan darah! Kita?

Peristiwa sirah di mana penghafaz-penghafaz al-Quran yang terbunuh dalam misi dakwah. Bandingkan dengan diri kita. Di mana kedudukan kita?

Di mana silap tarbiyah kita hingga kita berat nak keluar duit sendiri di jalan dakwah. Di mana silap didikan kita hingga kita memikirkan tambang bas untuk kegiatan dakwah perlu ditanggung orang lain. Mana sirah sahabat yang kita agung-agungkan. Kat mana kita campak kisah-kisah sirah ini.

Nak duit! Orang bagi ambillah, tapi jangan bermasam muka kalau orang tak bagi. Nak banyak duit waktu cuti ni, pergi kerja kontrak, gaji RM50 sehari. Pergi rajin tulis-tulis artikel hantar dalam majalah. Kalau pandai tulis novel gilah buat novel, hantar kat syarikat penerbitan. Demandlah harga yang kita nak.

Pantang aku orang mengaku pendakwah sepenuh masa, pastu demand macam-macam bila dijemput bagi ceramah. Sepenuh masa hapa, kira 24 jam sehari tu, berapa penuh masa dakwah sampai sejam kena bayar RM6000.

Jangan dihina kerja-kerja dakwah ini dengan najis duitan.

p/s: Tapi pihak masjid, penganjur juga janganlah menjadi kedekut dengan mengagung-agungkan duit yang banyak di dalam akaun masjid. Bila meeting hujung tahun bangga, hah tengok duit tabung dalam akaun masjid banyak beribu-ribu. Tapi bila nak buat program agama di masjid punya payah nak bagi dana. Nak panggil ustaz berceramah pun punya payah, sebab kedekut nak bayar. Orang nak buat aktiviti untuk budak-budak di masjid, terpaksa jadi peminta sedekah, mengemis di sana sini. Entah apa nak dibuat dengan duit beribu di dalam akaun itu kita pun tak tahu.

Wallahu'alam.

ISTERI yang SOLEHAH

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam.

Wednesday, July 8, 2009

UsraH @ KeluArgA bahAgiA bermula

HAI SEMUA.....

ANA AMIR...
INI BLOG KONGSI USRAH KAMI...
YANG TERDIRI DARIPADA

1) SYABABULLAH
2) SADDAM
3) FAIZ
4) SAHEL
5) ASYMIR
6) HAFIZ

BLOG INI KHAS UNTUK KAMI SEUSRAH UNTUK BERKONGSI DAN MELUAHKAN SEGALA-GALANYA...