BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 10, 2009

JALAN DAKWAH YANG DISALAH GUNA

Assalamualaikum WBT.

Kita sesedap mulut mengguna istilah dakwah. Tapi pernah kita periksa benarkah kita berdakwah?

Kita kata kita pendakwah, tapi dalam paper sebut apa salah pendakwah demand ceramah bayaran RM 6000-RM10 000.

Kalau nak hidup mewah, pergilah berniaga, jadi ahli korporat.

Alasan dia sebab jadi pendakwah sepenuh masa? Siapa suruh jadi sepenuh masa, siapa suruh jadikan dakwah tu pekerjaan untuk cari rezeki.

Kawan-kawan karkun tabligh kita berdakwah jua, tapi adake mereka jadikan keluar di jalan Allah tu untuk cari duit?

Aku tak kata jangan bayar ustaz-ustaz yang berceramah. Yang aku marah ustaz-ustaz yang demand, campaklah title pendakwah tu dalam longkang. Jangan nak jual nama dakwah untuk kemewahan hidup. Toksah berlagak konon pendakwah sepenuh masa, RM6000 satu jam ceramah apa kejadah!

Dakwah bukan tempat cari duit! Aku tak marah cari rezeki dengan mengajar ilmu agama, aku tak kisah bila bayarannya setimpal. Kalau takat sebulan dapat income RM 2000-RM 3000 sebab mengajar orang, aku tak kisah. Yang penting jangan demand! Dan jangan letak harga bukan-bukan sampai RM6000 sejam.

Apa ilmu agama ni untuk orang-orang kaya? Habis tu orang asli dalam hutan nak campak mana. Adik-adik yang pergi sekolah takde duit belanja nak campak mana? Makan nasi kosong berlauk ikan kering nak campak mana?

Sahabat-sahabat nabi dulu ada ke jadi kaya raya sebab buat kerja dakwah?

Kita tak marah orang nak bayar, tapi kita marah bila manusia yang memasang title dakwah pada aktiviti agama start demanding macam-macam. Bila tak dapat, mulalah tak nak hadir program, tak nak hadir ceramah, kalau yang selalu ikut jadi fasi kem-kem, mulalah berat nak jadi fasi.

Pasti ada yang jawab, kita perlu duit. Aku pun perlu duit, aku tak kata kita tak perlu duit, tapi jalan mana cara nak dapat duit. Aku tengok kawan-kawan aku yang karkun, keluar 3 hari, kadangkala 10 hari, mereka ni dapat elaunke? Tambang bas mereka ada orang bayarke?

Kalau mahu jadi dai'e, buatlah cara mahu jadi dai;e. Aku tak suruh buang harta, buang duit. Tapi sendiri fikir, bandingkan diri dengan kawan-kawan kita yang buat kerja dakwah, tak dapat elaun, segala belanja guna duit sendiri. Bandingkanlah dengan diri kita, apakah diri kita sanggup buat macam tu? Sanggupkah kita?

Jauh lagi kalau nak banding dengan dakwah para sahabat. Dakwah yang memakan nyawa para sahabat, tragedi Raji'e yang mengorbankan nyawa dan menumpahkan darah para sahabat di atas pengkhianatan golongan munafiq. Mereka korbankan nyawa dan darah! Kita?

Peristiwa sirah di mana penghafaz-penghafaz al-Quran yang terbunuh dalam misi dakwah. Bandingkan dengan diri kita. Di mana kedudukan kita?

Di mana silap tarbiyah kita hingga kita berat nak keluar duit sendiri di jalan dakwah. Di mana silap didikan kita hingga kita memikirkan tambang bas untuk kegiatan dakwah perlu ditanggung orang lain. Mana sirah sahabat yang kita agung-agungkan. Kat mana kita campak kisah-kisah sirah ini.

Nak duit! Orang bagi ambillah, tapi jangan bermasam muka kalau orang tak bagi. Nak banyak duit waktu cuti ni, pergi kerja kontrak, gaji RM50 sehari. Pergi rajin tulis-tulis artikel hantar dalam majalah. Kalau pandai tulis novel gilah buat novel, hantar kat syarikat penerbitan. Demandlah harga yang kita nak.

Pantang aku orang mengaku pendakwah sepenuh masa, pastu demand macam-macam bila dijemput bagi ceramah. Sepenuh masa hapa, kira 24 jam sehari tu, berapa penuh masa dakwah sampai sejam kena bayar RM6000.

Jangan dihina kerja-kerja dakwah ini dengan najis duitan.

p/s: Tapi pihak masjid, penganjur juga janganlah menjadi kedekut dengan mengagung-agungkan duit yang banyak di dalam akaun masjid. Bila meeting hujung tahun bangga, hah tengok duit tabung dalam akaun masjid banyak beribu-ribu. Tapi bila nak buat program agama di masjid punya payah nak bagi dana. Nak panggil ustaz berceramah pun punya payah, sebab kedekut nak bayar. Orang nak buat aktiviti untuk budak-budak di masjid, terpaksa jadi peminta sedekah, mengemis di sana sini. Entah apa nak dibuat dengan duit beribu di dalam akaun itu kita pun tak tahu.

Wallahu'alam.

0 comments: